Halaman Utama

Daftar Keahlian GPMS Secara Online    Assalamualaikum para Pencinta Perjuangan Melayu yg terhormat. Mewakili warga GPMS, saya ingin menjemput tuan puan yg budiman ke sebuah majlis ilmu yg bertajuk WACANA: APA LAGI YANG MELAYU MAHU? anjuran GPMS Kebangsaan pada ketetapan berikut: 5 Mac 2015, Khamis, 8 -10 malam. Tempat: Galeri GPMS, No. 1, Jalan Sultan Salahudin, KL. Banglo berwarna merah di belakang Bank Negara, bersebelahan Kementerian Kerjaraya. Moderator: Dr Yahya Md Hassan. Timbalan Pengerusi Ahli Panel Pemikir GPMS. Panelis undangan: 1. YBhg Dr Zuber Haron. Naib Presiden Perkasa / Pengerusi Amanah Iktiar Msia- AIM / Ahli Panel Pemikir GPMS. 2. Dato' Jaafar Abdul Rahim. Tokoh Sastrawan / Ahli Panel Pemikir GPMS. 3. Ybhg. Tan Sri Shamsuri Arshad. Mantan Ketua Polis Negara. # program ini diadakan secara TERTUTUP & TERHAD kpd 50 org kepimpinan GPMS dan jemputan khas sahaja. Sila 'personal mesej' ke talian 0105431472 utk mengesahkan kehadiran Persetujuan dan pengesahan kehadiran amatlah saya hargai. BELAJAR TERUS BELAJAR Jais Abdul Karim Presiden GPMS    BERITA TERKINI-1. Tajuk Akhbar: 2500 Belia Berkampung di Perlis 20-23hb November 2014 2. PERTEMUAN AHLI PARLIMEN BELIA DENGAN BARISAN PENASIHAT DAN PEMIKIR GPMS    MAKLUMAN... GERAKERJA GPMS PADA SEPANJANG JANUARI HINGGA MAC 2015: 1. Program SUKARELAWAN PENDIDIKAN untuk pasca banjir di Pantai Timur. Dikendalikan oleh SDRI PN RAFIDAH - bantuan kemanusiaan, SDR ALIF ANAS- pakaian & alatan sekolah , SDR KHAIRUL ADHA - sukarelawan & pasukan masing2. Mula berlangsung pd 15 Januari ini. 2. PROGRAM PEMUKIMAN GPMS pd 18 Januari 2015 di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. 3. PROGRAM PENGUKUHAN PERKADERAN PELAJAR MELAYU LUAR BANDAR. Anjuran bersama GPMS & BTN. 4. Terlibat secara langsung dgn Pelancaran GERAKAN RENAISANS MELAYU di Std Bukit Jalil pd 28 Februari. Dikendali oleh Ibu Pejabat dan GPMS WP. 5. Menyiapkan penerbitan MAJALAH SUARA GPMS 2014 & BUKU : PERJUANGAN NGO PENDIDIKAN MELAYU - JILID 3. Dikendali oleh Ketua PKP dan pasukannya. Akan dilancarkan pd Mac. 6. Bengkel akhir MELAYU 21- Kitab Pelajar Melayu. Dikendali oleh Presiden & pasukannya. Telah bermula...Final stage. 7. Perlaksanaan pilot projek Pusat Tusyen GPMS utk anak2 polis dgn kerjasama YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA. Dikendali oleh PKP. Program pilot bermula Februari ini di Shah Alam. 8. Perbincangan, persiapan modul & pilot projek bg membantu 500 sekolah berprestasi rendah. Dikendali oleh Sdr. EZARUDIN & pasukannya. Mesyuarat penyelarasan 1 pd Ahad,18 Jan, 2ptg di IYC, Cheras. 9. Aktiviti pemerkasaan KAD KEAHLIAN GPMS dan penyelarasan data keahlian. Dikendali oleh Sdr ZAMBRI & pasukannya. Mesyuarat penyelarasan 1 pd Ahad,18 Jan, 2ptg di IYC, Cheras. 10. Perlaksanaan pgm SKUAD JELAJAH MOTIVASI- TEKNIK BELAJAR BERKESAN di 100 buah SMK - 20,000 pelajar. Dikendali oleh Sdr. FIRDAUS & pasukannya. Bermula pd 14-24 Februari. 11. Perlaksanaan SIDANG KEMUNCAK PELAJAR MELAYU KEBANGSAAN 2015 - RENAISANS DALAM MENANGGANI ANCAMAN TERORISMA DAN BAHAYA GERAKAN MILITAN yg dijangka akan dirasmikan oleh YAB PM. Dikendali oleh pasukan YAYASAN GPMS & APB GPMS. Mesyuarat penyelarasan 1 pd Ahad,18 Jan, 5ptg di IYC, Cheras. Cadangan tarikh - 19-21 Mac 2015. 12. Program latihan penyesuaian - mentor utk AHLI PARLIMEN BELIA- GPMS. Dikendali oleh Sdr. RIDWAN ROSLI bersama Penasihat/ Ahli Panel Pemikir GPMS. Pertemuan pertama pd Ahad,18 Jan, 10pg di IYC, Cheras. 13. Seminar 'DUNIA BILIK DARJAH TERBAIK' utk pemimpin muda GPMS pd 27-29 Mac. Dikendalikan oleh Sdr. MOHD FAIZAL ZULKIFLI & pasukannya. Mesyuarat penyelarasan 1 pd Ahad,18 Jan, 10pg di IYC, Cheras. 14. Kunjungan hormat dan majlis ilmu - sebulan sekali. Dikendali oleh Sdr EKMA FAROZA & MT yg berminat. 15. SIRI DIALOG UNTUK GENERASI MUDA - 1 Mahasiswa 1 Ikon 1 Suara di 20 buah IPT- Berlangsung pd sepanjang Februari & Mac.    Berikut adalah senarai Ahli-Ahli GPMS daripada pelbagai cawangan yang telah menerima panggilan ke temuduga Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2015 anjuran KBSMalaysia pada 18 April 2015 (Sabtu) ini. Mereka adalah : 1. Amir Junaidi Bin Amerrudin (GPMS Cawangan Khas UNIKL MSI) 2. Khairul Osman Bin Yaakob (GPMS Cawangan Khas UIAM) 3. Noor Azlina Binti Azmi (GPMS Cawangan Khas UIAM) 4. Ammielyya Jusnieza Binti Ahmad Jafri (GPMS Cawangan Khas UIAM) 5. Nor Saadah Binti Hasan (GPMS Cawangan Khas UIAM) 6. Muhammad Amirul Fauzi (GPMS Cawangan Pekan) 7. Siti Zaharah Binti Ishak (GPMS Cawangan Pekan) 8.Ahmad Fakhrul Nizar Bin Ab Ghani (GPMS Cawangan Khas UiTMT) 9. Kamaru Aqilahrauhah Binti Kamaruddin (GPMS Cawangan Khas UIAM) 10.Muhamad Zulfiqar Bin Mustapa (GPMS Cawangan Hulu Langkat) 11. Mohd Abu Al-Ghida Bin Jamaluddin (GPMS Cawangan Selayang) 12. Najihah Binti Ab Hafith (GPMS Cawangan Khas UNIKL MITEC) 13. Nur Farihah binti Abdul Rahman (GPMS Cawangan Khas UMT) 14. Muhammad Jafizan Bin Jaapar (GPMS Cawangan Hulu Langat) 15. Noor Asyiqeen Binti Azkiah (GPMS Cawangan Klang) 16. Nor Ashikin Binti Ahmad Satar 17. Mariah Maherah Binti Mohd Yazid 18. Nashrul Haziq Bin Mohd Nasir ...SELAMAT MAJU JAYA daripada seluruh Kepimpinan Kanan GPMS... #GPMS #BelajarTerusBelajar #SingaPerjuanganBangsa    PROGRAM PEMUKIMAN GPMS pada 18 JANUARI 2015 - Ahad, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.     INGATAN MESRA.... PROGRAM MALAM NANTI... Jemputan khas untuk para kakanda sekalian menghadiri MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YAASIN UTK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN NEGARA DAN KHUSUS KPD PIMPINAN MELAYU YG MENINGGAL DUNIA BARU-BARU INI. TEMPAT: GALERI GPMS, No. 1, JALAN SULTAN SALAHUDDIN. (Banglo Merah bersebelahan JKR) TARIKH: Khamis, 9 April 2015 JADUAL: 6ptg: Bacaan Tahlil dan Yaasin. 7.28: Solat Maghrib berjemaan. 7.45: Tazkirah oleh YBhg Datuk Zulkifli Nordin, bekas Ahli Parlimen Bdr Baru / Kulim. 8.45: Solat Isyak Berjemaah. 9mlm: Jamuan dan bersurai. Mohon sahkan kehadiran. Terima kasih.    GALERI PROGRAM SIRI DIALOG UNTUK GENERASI MUDA 2015 JELAJAH MOTIVASI 20 IPT SELURUH NEGARA    GPMS menawarkan 100 tempat kpd anak2 Melayu lepasan STPM atau Diploma yg berpencapaian sederhana utk belajar (ijazah Bisnes Admin-4 tahun) sambil bekerja. Sesi pembelajaran bermula Jun 2015 dgn pelbagai keistimewaan. HANYA UNTUK PELAJAR MELAYU SAHAJA. Sila whatsapp info berikut ke 0132850112 bg mendapat maklumat tambahan tentang tawaran ini: Nama: Lepasan STPM / Diploma: Keputusan akhir peperiksaan: Jurusan yg diminati: Mohon diviralkan demi manfaat anak2 bangsa. Terima kasih.    AL-FATIHAH Sdr. Ramzul Iklas bin Alias, Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi setelah bertarung nyawa dengan penyakit barah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh saudara/sahabat kita. Salam Takziah buat isteri dan seluruh keluarga Allahyarham.    Bantuan Peralatan Persekolahan bagi mangsa banjir Pantai Timur 2014    Tweet Gambar-gambar Sukarelawan GPMS-Banjir Pantai Timur 2014    PAT ke-60 GMPS di Pekan Pahang    KENYATAAN MEDIA GPMS 16 DISEMBER 2014-GPMS terkejut dengan campur tangan ahli politik dalam isu hukuman yang dijatuhkan kepada 8 orang mahasiswa Universiti Malaya tempohari    Isu Crest Parlimen Belia GPMS-KENYATAAN KETUA PENERANGAN GPMS BERHUBUNG “CREST” AHLI PARLIMEN BELIA BERLOGO GPMS    Sukacitanya dimaklumkan bhw peremajaan kepimpinan GPMS telah bermula pada mlm ini. Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Negeri Selangor pd sebentar tadi telah memilih seorg anak muda yg berusia 25 tahun (Ridhwan Rosli) sbg Pengerusi GPMS Selangor dan majoriti 90% yg terpilih pd mlm ini berusia dibawah 27 tahun.
  • KUNJUNGAN HORMAT KEPADA CEO MAIWP
 

Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan GPMS di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.

SEDAR          atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di seluruh  Semenanjung Tanah  Melayu.

SEDAR          akan kemunduran kami di alam pengetahuan.

SEDAR          atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa.

SEDAR          bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu di tangan kami

BERPENDAPAT bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak – hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segelap lapisan.

PERKEMBANGAN PERJUANGAN GPMS PADA ZAMAN SDR. JAIS ABDUL KARIM

Mulai tahun 2009, kepimpinan GPMS bertukar tangan kepada pemimpin yang berumur di bawah 40 tahun mengikut ketetapan Akta 668 - Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007. Kepimpinan muda yang diketuai oleh Sdr. Jais telah mengorak langkah dengan lebih pantas  dengan penambahan cogan kata baharu iaitu “GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA”. Sentiasa diperingatkan oleh beliau bahawa perjuangan GPMS bukanlah setakat berani memperjuangkan isu pendidikan dan Melayu dengan hanya membuat kenyataan dalam akhbar, bantahan atau demonstrasi sahaja. Sebaliknya, GPMS mesti berdiri kukuh dengan anjuran program yang mantap dan berterusan serta dapat memberi kesan yang mendalam kepada segenap lapisan pelajar.

Justeru, Deklarasi PAT 2010 yang mengandungi 100 Tuntutan Penambahbaikan Pendidikan Melayu akan didokong demi meningkatkan martabat pendidikan Melayu dewasa ini. Pada tahun 2011, GPMS menekankan tentang pembinaan karakter pelajar dengan mengistiharkan tema; “TRANSFORMASI MINDA PELAJAR MELAYU BERDASARKAN STRATEGI SAMUDERA BIRU’ menerusi dua Deklarasi iaitu “10 RUKUN ’SEDAR’ PELAJAR MELAYU” dan “10 RUKUN GRADUAN MELAYU”. Tahun 2012 pula, GPMS lebih memfokus kepada “TRANSFORMASI: PERJUANGAN GPMS ESOK PERLU LEBIH BAIK DARI HARI INI” dan ini dijadikan sebagai strategi khas yang akan dilaksanakan menerusi Deklarasi 2012 iaitu DASAR DAN STRATEGI PERJUANGAN GPMS (sesi 2012-2015) bersama saf kepimpinan baharu yang terpilih.  Tahun 2013 merupakan tahun yang kritikal kepada orang Melayu akibat perkembangan politik tanahair. Justeru, Melayu 21: MEMPERKASA AGENDA MELAYU BUMIPUTERA telah dipilih sebagai tema perjuangan dan GPMS telah menghantar pelbagai memorandum kepada pihak kerajaan demi membela nasib orang Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


nine + 8 =